Sunday, May 11, 2014

Atasi Masalah Senggugut dgn Set Senggugut Shaklee

Mesti ramai dikalangan wanita yg sering mengalami tekanan emosi ketika period akibat sengugut yg kronik. Kenapa sengugut berlaku dan bagaimana set shaklee bole membantu menyelesaikan masalah andaa?? Jom baca entry di bawah jom..



Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman. 

Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan.  

Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat. 

Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan. 

Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Bagaimana Set Sengugut Shaklee dapst membantu anda??

           

GLA Shaklee (Gamma Linolenic Acid)

♥️GLA adalah gabungan minyak bunga matahari dan vitamin E. Di esktrak dari borage yg mengandungi 2x ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO).

♥️ GLA membentuk protaglandin utk mengawal selia hormone lelaki dan wanita

♥️ Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan ketika waktu haid, perubahan emosi, retensi air dan sakit payudara.

♥️Melambatkan menopaus. Pengambilan jangka panjang akn melambatkan proses penuaan kerana di dalam GLA terdapat kandungan vitamin E yg membantu kulit anda menjadi sihat dan berseri. Jadi anda dpt extra benefit. Kulit pon glowing2 uollss.

♥️ GLA jgk menghalang pembekuan darah serta merangsang peredaran darah. Kebanyakkan wanita ketika waktu haid mempunyai masalah ketulan darah haid yg berketul2 yg terjadi akibat ketidakstabilan hormon.

Bcomplex Shaklee

♥️ Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan acid folic.

♥️ Membantu meredakkan senggugut, meredakan kerisaun, meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomania.

Utk keterangan lanjut bole hubungi ejad rahim di :-

Sms/ whatsapp : 019-2378437
Fb page : vitaEshop
Email : ejadrahim@gmail.com
Shaklee ID : 933557

Monday, April 21, 2014

Testimonal Produk Shaklee



TESTIMONIAL SET KESUBURAN SHAKLEE




TESTIMONIAL SET PENYUSUAN SHAKLEE






TESTIMONIAL SET JERAWAT SHAKLEE






TESTIMONIAL SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE


  





Sunday, April 20, 2014

Cara Tentukan Waktu Subur guna Basal Body Temperature (BBT)

Dah lama nak sharing pasal ni, walaupon saya tak pernah guna kaedah ni, tp sebab saya tahu so saya berminat untuk sharing pd yang tengah berusaha untuk dapatkan baby. Semua info yg sy dapat ni daripada blog2 yg bincang pasal Basal Body Temperature ni dan saya summarize kan kat sini supaya anda lebih senang nak paham. Kalau ada yang still kompius boleh terus google taip BBT nanti banyak keluar info pasal ni, just need to read and understand je. Link yg saya rujuk ada sy letak kat bwh skali untuk rujukan.

Boleh ikut panduan berikut untuk membantu anda mengenal pasti hari-hari subur dan insyaAllah akan membantu anda hamil dengan cepat!

1. Tentukan purata panjang kitaran haid

Saya dapati ramai yang menganggap kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Kitaran haid yang normal bermakna setiap bulan haid datang secara tetap. Sebenarnya purata kitaran haid yang normal adalah diantara 26-32 hari ya. Jenuhla kalau cycle 30 hari nak paksa jadi 28 hari kan? hehe.

Ini cara tentukan panjang kitaran haid anda. Tandakan di kalendar hari pertama datang haid (kalendar poket lebih sesuai). Tunggu hingga haid seterusnya bulan hadapan, tanda hari pertama datang haid juga. Dari situ anda boleh kira dari tarikh haid pertama hingga haid seterusnya. Contoh: Hari pertama haid 24 Mei, haid seterusnya 21 Jun, itu bermakna kitaran haid anda ialah 28 hari. Jika haid bermula 23 Jun, itu bermakna kitaran haid anda 30 hari. Teruskan mencatat kitaran haid anda selama beberapa bulan untuk mengetahui kitaran haid anda.

2. Kenal pasti "fertile window" anda

Anggapan hari subur jatuh pada hari ke 14 sebenarnya adalah tidak tepat. Wanita yang kitaran haidnya tetap 28 hari mungk
in subur pada hari ke 14, tetapi tidak bagi wanita yang kitaran haidnya lebih pendek atau panjang. Cara kiraan 14 hari dari tarikh mula haid juga adalah tidak tepat. Sebenarnya anda perlu tolak 14 hari dari jumlah hari kitaran haid. 


Contoh: Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.










14 hari terakhir dalam kitaran haid dipanggil 'luteal phase'. Menurut babymed.com, fasa luteal harus berlangsung sekurang-kurangnya selama 12 hari untuk memastikan bahawa telur yang disenyawakan mempunyai masa yang cukup untuk implantasi. Fasa luteal yang kurang dari 12 hari adalah dianggap tidak normal dan perlukan rawatan doktor.



Cara paling mudah menentukan "fertile window" ialah dengan mengunakan kalendar ovulasi. Kalendar ini akan memberi jangkaan tarikh bila waktu anda paling subur. Kaedah ini tidak setepat carta kesuburan atau 'ovulation test kit', tetapi ia boleh memberi anggaran waktu dengan syarat kitaran anda adalah tetap.

Application kat phone plak boleh guna Period Calendar/Tracker (or mana2 application yg sama waktu dengannya). Saya guna Period Calendar ni setahun lebih dah, senang nak tahu bila next period dan berapa hari kitaran period tanpa perlu kira secara manual.

3. Perhatikan tanda-tanda subur

Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin subur termasuk: keinginan libido meningkat, rasa kembung, sakit kepala, peningkatan lendir serviks dan lain-lain.

4. Gunakan 'basal thermometer'




Jika anda mahu mengetahui dengan tepat waktu ovulasi, cara terbaik ialah dengan menggunakan carta kesuburan. Setiap pagi, sejurus terjaga dari tidur (sebelum bangun dari katil) ambil suhu badan anda. Adalah penting anda mengambil suhu pada waktu yang sama setiap hari.

Teruskan mencatat suhu badan secara konsisten dan anda akan mula perasan satu corak di mana suhu badan anda sebelum ovulasi adalah rendah, tetapi sejurus selepas anda ovulasi suhu badan akan meningkat dan anda akan nampak perubahan ini di dalam carta. Tetapi ianya tidak tepat jika anda mahu mengagak waktu ovulasi, kerana apabila suhu badan berubah itu bermaksud anda telah pun berovulasi.


 


Tujuan ambil BBT
  • Mengetahui waktu subur (Melalui gambar atas ni, waktu subur pada hari ke 14 iaitu pada 12/4 pada suhu 36.4C) 
  • Boleh ramal bila waktu subur ( Senang untuk intercourse )
  • Boleh ramal bila waktu period akan datang ( Senang g mana2 leh standby pad )
  • Boleh tahu berapa cycle setiap kali period
  • Boleh rancang kehamilan ( Kot2 anak dah ramai, tapi tak mau pasang implan atau makan pil perancang, bila dah tahu waktu subur, senang boleh elakkan intercourse) 
  • Boleh tahu anda telah hamil atau tidak! (Jika suhu naik je, maka hamil la tu)
  • Boleh tahu keguguran ( Bila dah tahu hamil, tetiba suhu jatuh, maka risiko keguguran ada ) 
Cara ambil BBT

Contoh Termometer Digital
Macam mane nak sukat suhu ni? Dia bermula dari hari first you all start period ye (kalau period teratur lagi senang nak predict, kalau period tak teratur dinasihatkan amik suhu hari2 supaya tak terlepas waktu ovulate tu)
Sila beli termometer digital. Beli digital ye jangan manual punya. Kalau dapat yg specialize utk catat BBT lagi baik. Harga dalam RM30-RM60. Watson/Guardian banyak! 
  1. Sukat pepagi sewaktu bangun daripada tidur - Bangun tidur je (lepas ucap alhamdulillah), jangan bangun/berjalan tapi capai termometer terus ambil suhu badan! Make sure bangun tetap tiap hari. Julat hanya 30min saja sah. Maknanya kalau bangun 5.30 pg, korang boleh ambil suhu dari 5.30pg hingga 6pg saja. Dan pastikan tido sekurang2nya cukup 3jam.
  2. Kalau bangun pukul 4.30 pagi tiap2 hari kena sukat pukul 4.30 pagi jugak walaupun sabtu ahad ye. tak pe, alarm kan ada. bangun la kejap then dah sukat leh sambung tidur balik. hehe
  3. Sukat sebelum korang turun daripada katil, sebelum minum dan sebelum berus gigi tau. so maksudnya, letak la termometer tu bawah bantal, bila alarm berbunyi, cepat2 terus capai termometer tu dan sukat suhu.
  4. Suhu selalunya diambil di bawah lidah.
  5. Pastu plot kan suhu anda pada carta kat web http://www.fertilityfriend.com. Daftar dulu ye. Free! Kalau malas buka web hari2, boleh catat kat kertas dulu, kemudian boleh masukkan. Tapi better masukkan hari2 blh tahu perkembangan setiap hari.
Graf atas ni, yang warna hijau tu, diramal untuk subur. Warna merah tu menunjukkan waktu period. Warna merah belah kanan, 25/4 suhu jatuh maka itu hari pertama period. Simbol C@W tu menunjukkan cervical fluid iaitu kalau watery/eggwhite, maka suburla tu.

5. Tentukan waktu untuk mengadakan hubungan intim

Sebaik sahaja anda boleh mengagak bila anda ovulate, sama ada dengan menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, anda boleh menentukan masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim,

Menurut kajian, peluang terbaik anda untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung

GLA Complex Shaklee dan Kesuburan

Di sini juga saya ingin kongsikan bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 k
ali bertelur.

Syukur alhamdulillah bagi anda yang telah berjaya hamil. Anak itu adalah ujian dan amanah anda. Bagi yang belum hamil, syukur alhamdulillah juga sebab Allah pilih kita untuk diuji sebegitu. Lain orang, lain ujian dan dugaannya. Yang penting jangan persoal kenapa kita diuji sebegitu. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.

Thursday, April 17, 2014

Mealshake dan Omega Vitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Perlukah makanan tambahan untuk kanak-kanak? Asasnya, jika anak- anak kita bukan jenis picky eater serta mendapat segala nutrien daripada meals hariannya, makan makanan tambahan tidak perlu. Namun, jika sebaliknya, kita boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha untuk membekalkan zat-zat penting untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.

Kesihatan dan kecerdasan anak-anak merupakan nikmat yang paling berharga untuk ibu bapa. Mencegah anak-anak dari jatuh sakit adalah jauh lebih bijak dan berbaloi berbanding merawat mereka setelah mereka sakit. 


Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan kanak-kanak
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur






6 fakta menarik tentang Mealshakes

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.


3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.


4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.


6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.





Sekiranya anda berminat dan nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini anda bole menghubungi saya ejad rahim (pengedar sah shaklee ) di :-

Whatsapp/Sms : 019-2378437
Email : ejadrahim@gmail.com
FB Page : www.facebook.com/vitaEshop
Shaklee ID : 933557



Tuesday, April 15, 2014

Tanda-tanda kekurangan KALSIUM

Ada yang bertanya, apa tanda-tanda jika kekurangan kalsium. Cukupkah minum 2 gelas susu sehari?? kalau sakit belakang dan pinggang tu maksudnya kurang kalsium ke?? Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut..

♥♥Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:




Otot & Saraf:

- Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
- Kejang otot
- Wheezing(pernafasan berdehit)
- Susah menelan
- Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:

- Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
-Letih
-Sawan
- Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung

- Sesak nafas
- Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit

- Rambut kasar
- kuku rapuh
- Psoriasis (sakit kulit)
- Kulit kering

**Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

1) Kekejangan atau kram otot
2) Sukar/susah nak tidur
3) Perasaan berdebar2
4) Eczema-penyakit kulit
5) Rapuh kuku
6) Sakit Sendi
7) Tekanan darah tinggi
8) Gigi reput
9) Paras Kolestrol timggi
10) Kebas-kebas kaki dan tangan
11) Rheumatiod arthritis
12) Rickets

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.





Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:ejad rahim
FB Page :vitaEshop
Sms / whatsapp :019-2378437
ID No :933557

Wednesday, April 9, 2014

Minyak Ikan Penting Untuk Perkembangan Otak Bayi Semasa Hamil

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.





Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
• Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi.  Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.
Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.


• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.
 
Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

• Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.
• Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.




Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang  maju.

• Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.
 


Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan?  Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).


• Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. Omega Guard Shaklee mempunyai minyak ikan yg berkualiti tinggi dan bau hanyir yg sangat minimal.


• Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.
 
Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari.



Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:ejad rahim
FB Page :vitaEshop
Sms / whatsapp :019-2378437
ID No :933557



Wednesday, April 2, 2014

Perbezaan Omega Guard Dengan Lecithin Untuk Kurus

Kebelakangan ini ramai yang bertanya mengenai perbezaan Omega Guard dan Lecithin dalam pilihan supplement untuk bakar lemak dalam set pelangsingan berat badan.

APA perbezaan omega guard dengan lecitin?

MANAKAH yang paling cepat untuk turunkan berat badan?

BOLEHKAH ibu menyusu mengambil omega dengan lecithin?

Jom kita sama-sama kita fahami omega guard dan lecithin berfungsi dan yang mana sesuai untuk anda




LECITHIN MEMBAKAR LEMAK???

Lecithin berasal daripada ekstrak dari kacang soya organik. Salah satu fungsi lecithin ialah mengemulsi lemak dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran.

Emulsi lemak bukan bermaksud "membakar' lemak TAPI bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi kita boleh simpulkan disini, lecithin sangat membantu membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu. Dan ianya bukan membakar lemak yang sudah berada lama dan termendap di tubuh kita

Jadi bolehkan nak kurus dengan lecithin ni?
Untuk lebih berkesan,jika peratusan body fat dalam tubuh kita berkurang,maka lemak itu makin berkurang. 
Umpamanya enjin kereta baru dan kereta lama. Kereta baru  "diservis" dan dijaga dengan elok. Sememangnya akan memberi impak pemanduan yang maksima. Berbanding dengan enjin kereta lama yg "diservis" tapi tidak dibuang dan ditukar apa yang patut.

Customer saya memberi banyak feedback yang positif dalam proses pengurangkan berat badan. Ada yang turun berat dalam  dan ada yang mantain sahaja. So.harus diingatkan lecithin bukan PEMBAKARlemak tetapi PENGEMULSI lemak ya! Jangan lupa mengambil sesuatu untuk keluarkan lelemak yang telah teremulsi iaitu HERBALAX DAN ALFALFA




Ibu menyusu pun nak kurus jugak! Boleh ambik lecithin tak?

Lecithin sangat disyorkan untuk si ibu
  • Boleh mengurangkan risiko clog duct/ductus sus tersumbat. Salah satu punca bengkak susu
  • Mengurangkan masalah mudah lupa dan short memory selepas bersalin
  • Menyalurkan inosital  dan kolin untuk perkembangan otak bayi melalui susu ibu



Ambik Omega je boleh kurus ke?

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? 

Fungsi Omega 3 membantu membakar lemak dengan mambantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk kurangkan selera makan supaya anda boleh kekalkan or kurang berat badan.

Omega 3 berfungsi secara begini:



Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak

Ia juga berfungsi:


  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.

Testimoni daripada pengguna omega dan lecithin

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before.Sangat happy la kak! Omega tu rasanya bagus dr lecithin.Berbaloi la walaupun mahal tapi result dia superb!Lecithin slow bg saya.Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat slim!suka!!!Saya kurangkan lecithin cuma mantainkan alfalfa macam akak ajarkan.Anyway!thanks you so much akak!Sy na order 2 botol omega taw.suami pulak nak!"

Best mkn omega ni. Kalau kita konsisten jaga pemakanan di samping ada supplement tambahan. Insyallah kita akan dapat hasil yg menarik dan best! Di samping kita exercise penurunan berat badan lago cepat berbanding kita yg hanya makan supplement tetapi tidak melakukan senaman atau pergerakkan yg sepatutnya.

Jadi utk konsultasi percuma anda bole hubungi ejad rahim di 

Hp no : 019-2378437 (whatsapp)
Email : ejadrahim@gmail.com
FB page : www.facebook.com/vitaEshop
Shaklee ID : 933557

Nk cod kwsn btho, cheras baru, klcc , pavilion atau kawasan berdekatan pon bole. Poslaju ke serata msia termasuk Sabah dan Sarawak.