Monday, February 10, 2014

Penyakit Radang Sendi (Arthritis)

 

Artritis bermaksud "radang sendi". Ia sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Untuk lebih memahami apa yang berlaku apabila seseorang mengalami radang sendi, mari kita kaji bagaimana sendi-sendi didalam badan bekerja. Pada asasnya, sendi adalah satu tulang bergerak pada tulang yang lain. Ligamen memegang dua tulang bersama-sama. Rawan pula meliputi permukaan tulang untuk menghentikan dua tulang daripada bergesel secara langsung terhadap satu sama lain. Lapisan rawan membolehkan sendi untuk bekerja dengan lancar dan tanpa rasa sakit. Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinovial. Cecair sinovial lah yang bertanggungjawab menyuburkan sendi dan tulang rawan.

Faktor usia turut mengurangkan kadar cecair sinovial didalam sendi. Ia adalah biasa di kalangan orang dewasa 65 tahun dan lebih tua, tetapi ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan bangsa.



Punca-punca penyakit radang sendi

 

Secara amnya, keradangan sendi boleh disebebkan oleh:

  • Penyakit autoimun (sistem imun badan tersilap menyerang tisu yang sihat)
  • Kecederaan - patah tulang
  • Sendi haus dan lusuh
  • Keabnormalan metabolic seperti gout
  • Faktor keturunan
  • Jangkitan bakteria dan virus


Radang sendi melibatkan kerosakan tulang rawan. Rawan biasanya melindungi sendi, membolehkan ia bergerak dengan lancar. Rawan juga menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti apabila anda berjalan. Tanpa jumlah rawan yang mencukupi, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan.


Tanda-tanda penyakit radang sendi

 

Radang sendi diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit reumatik. Ini adalah keadaan dimana penyakit itu berbeza pada setiap individu, dengan rawatan, komplikasi, dan prognosis dengan ciri-ciri yang berbeza. Penyakit ini boleh menjejaskan sendi, otot, ligamen, rawan, dan tendon, dan mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada kawasan-kawasan badan dalaman yang lain.

Osteoartritis (OA) -  Tanda-tanda terbentuk perlahan-lahan dan menjadi lebih buruk semakin masa berlalu. Terdapat sakit di sendi, sama ada semasa atau selepas penggunaan, atau selepas tempoh tidak aktif. Sendi akan menjadi regang, terutama pada waktu pagi. Pesakit mungkin mendapati ia lebih sukar untuk digunakan dan kehilangan fleksibiliti . Ketulan keras, atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin membengkak. Biasanya sendi yang terlibat adalah di bahagian pinggang , tangan, lutut dan tulang belakang.

Rheumatoid arthritis (RA) -  Pesakit sering mendapati sendi yang sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal. Jari, tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah yang paling biasa terjejas. Gejala biasanya paling teruk pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kesakitan boleh berlansung selama 30 minit. Tangan boleh menjadi merah dan bengkak. Mungkin ada nodul rheumatoid (lebam tisu di bawah kulit lengan pesakit). Terdapat ramai pesakit dengan artritis reumatoid berasa letih kebanyakan masa dan berlaku penurunan berat badan.

Sendi yang lebih kecil biasanya lebih mudah terjejas. Selalunya pesakit dengan artritis rheumatoid mempunyai masalah dengan beberapa sendi pada masa yang sama. Radang sendi yang agresif boleh merebak dari sendi kecil di tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki ke siku, lutut, pinggang, leher, bahu dan rahang.

Secara keseluruhannya, gejala radang sendi adalah seperti berikut:

  • Sakit sendi.
  • Sendi bengkak.
  • Keupayaan sendi untuk bergerak semakin berkurangan.
  • Kemerahan pada kulit di sekeliling sendi.
  • Ketegangan, terutamanya di waktu pagi.
  • Kehangatan sekeliling sendi.


Cadangan utk mengurangkan sakit sendi adalah seperti berikut :-

Kaedah 1: Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi:
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2: Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi, maka ia kurangkan sakit pada sendi. Omega 3 juga boleh jadi pelincir,maka kita boleh bergerak dengan lebih aktif. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat tingkatkan kesihatan sendi berbanding mengambil glukosamina sahaja.
* Glukosamina terdapat dalam Advanced Joint Health Tablet yang diambil dari ekstrak jagung.

Kaedah 3: Mengekalkan sel tulang yang sihat.

Ostematrix adalah pembekal kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium yang diperluka untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.



Utk sebarang pertanyaan bole hubungi atau whatsapp ejad rahim 019-2378437
Anda juga bole lawati fb page kami di www.facebook.com/vitaEshop