Boleh ikut panduan berikut untuk membantu anda mengenal pasti hari-hari subur dan insyaAllah akan membantu anda hamil dengan cepat!
1. Tentukan purata panjang kitaran haid
Saya dapati ramai yang menganggap kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Kitaran haid yang normal bermakna setiap bulan haid datang secara tetap. Sebenarnya purata kitaran haid yang normal adalah diantara 26-32 hari ya. Jenuhla kalau cycle 30 hari nak paksa jadi 28 hari kan? hehe.
Ini cara tentukan panjang kitaran haid anda. Tandakan di kalendar hari pertama datang haid (kalendar poket lebih sesuai). Tunggu hingga haid seterusnya bulan hadapan, tanda hari pertama datang haid juga. Dari situ anda boleh kira dari tarikh haid pertama hingga haid seterusnya. Contoh: Hari pertama haid 24 Mei, haid seterusnya 21 Jun, itu bermakna kitaran haid anda ialah 28 hari. Jika haid bermula 23 Jun, itu bermakna kitaran haid anda 30 hari. Teruskan mencatat kitaran haid anda selama beberapa bulan untuk mengetahui kitaran haid anda.
2. Kenal pasti "fertile window" anda
Anggapan hari subur jatuh pada hari ke 14 sebenarnya adalah tidak tepat. Wanita yang kitaran haidnya tetap 28 hari mungkin subur pada hari ke 14, tetapi tidak bagi wanita yang kitaran haidnya lebih pendek atau panjang. Cara kiraan 14 hari dari tarikh mula haid juga adalah tidak tepat. Sebenarnya anda perlu tolak 14 hari dari jumlah hari kitaran haid.
Contoh: Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.
14 hari terakhir dalam kitaran haid dipanggil 'luteal phase'. Menurut babymed.com, fasa luteal harus berlangsung sekurang-kurangnya selama 12 hari untuk memastikan bahawa telur yang disenyawakan mempunyai masa yang cukup untuk implantasi. Fasa luteal yang kurang dari 12 hari adalah dianggap tidak normal dan perlukan rawatan doktor.
Cara paling mudah menentukan "fertile window" ialah dengan mengunakan kalendar ovulasi. Kalendar ini akan memberi jangkaan tarikh bila waktu anda paling subur. Kaedah ini tidak setepat carta kesuburan atau 'ovulation test kit', tetapi ia boleh memberi anggaran waktu dengan syarat kitaran anda adalah tetap.
Application kat phone plak boleh guna Period Calendar/Tracker (or mana2 application yg sama waktu dengannya). Saya guna Period Calendar ni setahun lebih dah, senang nak tahu bila next period dan berapa hari kitaran period tanpa perlu kira secara manual.
3. Perhatikan tanda-tanda subur
Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin subur termasuk: keinginan libido meningkat, rasa kembung, sakit kepala, peningkatan lendir serviks dan lain-lain.
4. Gunakan 'basal thermometer'
Jika anda
mahu mengetahui dengan tepat waktu ovulasi, cara terbaik ialah dengan
menggunakan carta kesuburan. Setiap pagi, sejurus terjaga dari tidur
(sebelum bangun dari katil) ambil suhu badan anda. Adalah penting anda
mengambil suhu pada waktu yang sama setiap hari.
Teruskan
mencatat suhu badan secara konsisten dan anda akan mula perasan satu
corak di mana suhu badan anda sebelum ovulasi adalah rendah, tetapi
sejurus selepas anda ovulasi suhu badan akan meningkat dan anda akan
nampak perubahan ini di dalam carta. Tetapi ianya tidak tepat jika anda
mahu mengagak waktu ovulasi, kerana apabila suhu badan berubah itu
bermaksud anda telah pun berovulasi.
Tujuan ambil BBT
- Mengetahui waktu subur (Melalui gambar atas ni, waktu subur pada hari ke 14 iaitu pada 12/4 pada suhu 36.4C)
- Boleh ramal bila waktu subur ( Senang untuk intercourse )
- Boleh ramal bila waktu period akan datang ( Senang g mana2 leh standby pad )
- Boleh tahu berapa cycle setiap kali period
- Boleh rancang kehamilan ( Kot2 anak dah ramai, tapi tak mau pasang implan atau makan pil perancang, bila dah tahu waktu subur, senang boleh elakkan intercourse)
- Boleh tahu anda telah hamil atau tidak! (Jika suhu naik je, maka hamil la tu)
- Boleh tahu keguguran ( Bila dah tahu hamil, tetiba suhu jatuh, maka risiko keguguran ada )
Cara ambil BBT
Contoh Termometer Digital |
Sila beli termometer digital. Beli digital ye jangan manual punya. Kalau
dapat yg specialize utk catat BBT lagi baik. Harga dalam RM30-RM60.
Watson/Guardian banyak!
- Sukat pepagi sewaktu bangun daripada tidur - Bangun tidur je (lepas ucap alhamdulillah), jangan bangun/berjalan tapi capai termometer terus ambil suhu badan! Make sure bangun tetap tiap hari. Julat hanya 30min saja sah. Maknanya kalau bangun 5.30 pg, korang boleh ambil suhu dari 5.30pg hingga 6pg saja. Dan pastikan tido sekurang2nya cukup 3jam.
- Kalau bangun pukul 4.30 pagi tiap2 hari kena sukat pukul 4.30 pagi jugak walaupun sabtu ahad ye. tak pe, alarm kan ada. bangun la kejap then dah sukat leh sambung tidur balik. hehe
- Sukat sebelum korang turun daripada katil, sebelum minum dan sebelum berus gigi tau. so maksudnya, letak la termometer tu bawah bantal, bila alarm berbunyi, cepat2 terus capai termometer tu dan sukat suhu.
- Suhu selalunya diambil di bawah lidah.
- Pastu plot kan suhu anda pada carta kat web http://www.fertilityfriend.com. Daftar dulu ye. Free! Kalau malas buka web hari2, boleh catat kat kertas dulu, kemudian boleh masukkan. Tapi better masukkan hari2 blh tahu perkembangan setiap hari.
Graf atas ni, yang warna hijau tu, diramal untuk subur. Warna merah tu
menunjukkan waktu period. Warna merah belah kanan, 25/4 suhu jatuh maka
itu hari pertama period. Simbol C@W tu menunjukkan cervical fluid iaitu
kalau watery/eggwhite, maka suburla tu.
5. Tentukan waktu untuk mengadakan hubungan intim
Sebaik sahaja anda boleh mengagak bila anda ovulate, sama ada dengan menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, anda boleh menentukan masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim,
Menurut kajian, peluang terbaik anda untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung
GLA Complex Shaklee dan Kesuburan
Di sini juga saya ingin kongsikan bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.
Syukur
alhamdulillah bagi anda yang telah berjaya hamil. Anak itu adalah ujian
dan amanah anda. Bagi yang belum hamil, syukur alhamdulillah juga sebab
Allah pilih kita untuk diuji sebegitu. Lain orang, lain ujian dan
dugaannya. Yang penting jangan persoal kenapa kita diuji sebegitu.
Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t.
Sebaik sahaja anda boleh mengagak bila anda ovulate, sama ada dengan menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, anda boleh menentukan masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim,
Menurut kajian, peluang terbaik anda untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung
GLA Complex Shaklee dan Kesuburan
Di sini juga saya ingin kongsikan bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.
Di sinilah
fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan
kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke
tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini
juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5
hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma
masih ada di situ sampai hari ke-5. Jadi, puan2 yang masih belum
dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Jadi, penting
ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.
No comments:
Post a Comment